Search This Blog

16 February 2016

Cara Cara membuat aiskrim Oreo

Dengan Bismillah,
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Ingat tak dulu-dulu zaman kita kecik, mak-mak kita suka bagi makan ais krim Malaysia yang dibuat dalam plastik panjang, lepas tu ikat hujungnya.Time mak kita tengah rajin, segala perisa dibuatnya termasuklah kalau buat bubur kacang hijau ada lebih, itu pun dibelasahnya jadi ais krim.hohoho.

Tapi, bab bubur kacang jadi ais krim tulah yang paling saya suka. Sangguplah saya sehari suntuk ngadap ais krim tu berbatang-batang sehari.Itu zaman kecik saya.Mak bapak tak mampu nak belikan ais krim yang dalam bekas tu.Yang kita pun budak baik, setakat ais krim Malaysia tu dah hebat sangat masa tu.muehee.


Anak-anak zaman sekarang lain pulak ceritanya.Memang pantang kalau nampak iklan ais krim yang sedap sikit, mulalah dok pujuk mak ayah depa beli.Kalau satu bekas kongsi ramai-ramai takpe, ni dibuatnya sorang nak satu bekas perisa lain-lain, tauke kedai emas pun surrender..hoho.Padahal, kalau buat sendiri lagi senang kan?
Err..ada ke resepi buat ais krim sendiri kat rumah ni?Pheww..mestilah ado!merata dah den google kat alam maya ni.Semata-mata nak save budget but at the same time nak bagi anak-anak happy.

Oklah, apa kata sekarang kita tengok cara buat ais krim di rumah.Saya pilih nak buat perisa oreo.Jom kita cuba buat sendiri di rumah.

Bahan-bahan Buat Homemade Ice Cream Oreo
  • 1 tin susu cair ( tak kira jenama apa pun, asalkan halal)
  • 1 biji telur 
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1/4 susu pekat ( atau 6-7 sudu atau ikut pilihan rasa manis masing-masing )
  • 1 sudu besar ovalett
  • Satu paket kecil biksut oreo ( blend kasar atau hancurkan )
Cara Menyediakan Homemade Ice Cream Oreo
  • Masukkan semua bahan kecuali biskut oreo ke dalam mixer atau boleh juga guna blender.
  • Putar semua bahan dalam 15-20 minit ( sehingga kembang).Kalau guna blender, hadkan putaran dalam 10 minit sekali putar.
  • Tuang semua bahan-bahan tadi ke dalam bekas ice cream yang disukai.Nak senang, guna bekas yang bertutup.
  • Masukkan biskut oreo yang sudah dihancurkan tadi.Kacau bagi rata biskut oreo dengan bahan yang diputar tadi.
  • Tutup bekas ice cream dengan rapat dan simpan dalam peti sejuk sehingga keras, kemudian bolehlah dimakan.
Tips dan Panduan buat homemade ice cream oreo
  • Bagi sesiapa yang alergik dengan telur, resepi ice cream ini tetap sedap dan menjadi walaupun tidak diletakkan telur.Jadi, tak payah risau atau susah hati kalau ada anak-anak yang tak boleh makan telur.
  • jika anda masukkan telur, jangan takut ice cream akan berbau hanyir sebab tidak dimasak, kerana bau esen vanilla cukup untuk menghilangkan bau hanyir telur.
  • Jika anda tidak pernah menggunakan ovalett, ia merupakan sejenis bahan yang berfungsi sebagai penstabil dalam membuat kek misalnya kalau nak buat kek span. Sifatnya yang berasid akan membantu telur dalam adunan naik dan memerangkap lebih udara dengan lebih cepat.
  • Ovalett boleh didapati di pasaraya seperti Giant, Tesco, Mydin atau kedai yang menjual barang kek.
Amacam? senang bukan buat homemade ice cream oreo nih? Ikutlah family kita suka makan ice cream perisa apa, kalau anak-anak yang mintak, buatlah ikut kesukaan depa.Pejam mata je pun, tahu-tahu siap kan?

Selamat mencuba buat homemade ice cream oreo:)

15 February 2016

Memasak ayam ungkep dengan rice cooker

Tahukah anda selain dari pada memasak Beras untuk kita makan ” Rice cooker” ini ada berberapa kegunaan yang mungkin ada yang menyatakan saya sudah menyalah guna perkakas ini.

Antaranya ialah,

1.Ayam ungkep 
Resepinya ialah 1 kg ayam – potong 10 – perap dengan garam & kunyit
2 batang serai – dititik
3 cawan air
1/4 kotak santan – saya tambah
Garam/gula/perasa pilihan
1/2 keping asam keping – opsyenal
Minyak masak
Bahan tumbuk / kisar:
5 ulas bawang putih
10 biji bawang merah
Sejemput serbuk ketumbar
Sejemput serbuk jintan manis
Sejemput serbuk jintan putih
3 cm kunyit hidup
3 cm halia
15 biji cili padi
Caranya campur semua bahan dalam Periuk , tutup dan hidupkan suis . Biarkan sehinga suis akan terpelantik ke “keep warm”. Memang mudah.

14 February 2016

akil tetap berusaha

Zaman ini memang zaman Akim menguasai industri muzik Malaysia. Sebelum Akim, ia telah menjadi miliki Hafiz. Namun, sebelum Akim dan Hafiz, Aril yang juga Naib Juara Akademi Fantasia Musim 7 pernah menghangatkan industri muzik tanah air dengan stail dan showmanship yang hebat dan menarik di atas pentas. 

Lalu, apa yang tidak kena dengan Aril sehingga namanya sudah tenggelam di dalam industri muzik dan dia hanya lebih dikenali sebagai pengacara berbanding penyanyi? 

Menyedari hakikat itu dan pada masa yang sama tidak mahu menuding jari, apatah lagi menyalahkan pihak tertentu, Aril bagaimanapun mengakui dia perlu bangkit semula untuk kembali menguasai industri muzik. 

Namun, dia sedar bahawa dia tidak akan mampu mencapai matlamat tersebut jika tidak memiliki seorang pengurus yang cekap, efisyen serta mampu menguruskan kerjaya seni muziknya dengan bijak serta penuh wawasan. 

"Saya perlu cari seorang pengurus yang seperti itu. Maksud saya, seorang pengurus yang  tahu bagaimana untuk merencana, menguruskan serta memasarkan produknya dengan bagus dan saya ibarat produk tersebut. 

"Kerana saya punya misi yang cukup besar pada tahun ini iaitu untuk kembali mewarnai semula industri muzik tanah air," katanya 

12 February 2016

Aceh HARAMkan Hari Kekasih

TEMPO.COBandar Aceh -Forum Komunikasi Pimpinan Daerah (Forkompinda) bersama Majelis Permusyawaratan Ulama (MPU) Kota Banda Aceh mengeluarkan seruan bersama untuk mengantisipasi perayaan hari kasih sayang atau Valentine pada 14 Februari mendatang.

Wali Kota Banda Aceh Illiza Saaduddin Djamal mengatakan seruan bersama ini merupakan tugas serta tanggung jawabnya sebagai pimpinan di daerah yang menerapkan Syariat Islam. “Perayaan Valentine’s Day bukan hanya akan merusak perilaku anak-anak kita, tetapi juga merusak akidah mereka. Ini yang paling krusial,” ujarnya Selasa 9 Februari 2016.

Menurut Illiza, pemerintah akan menggencarkan sosialisasi larangan perayaan Valentine dengan beragam media agar menjadi isu atau topik pembicaraan di tengah-tengah masyarakat. “Hashtag #valentinebukanuntukkami di twitter, facebook, dan instagram, juga akan kita gencarkan terutama di kalangan pemuda agar gaungnya bisa ke seantero dunia,” kata Illiza.

Pemerintah juga mengimbau hotel, kafe, toko swalayan, pusat perbelanjaan modern, dan tempat-tempat lain yang biasanya dijadikan tempat nongkrong anak muda, agar tidak memfasilitasi perayaan Valentine.

Menjana wang sambil duduk


Ingin menjana Wang online......?                         Menambah pendapatan yang sedia ada...?
Oleh itu admin memperkenalkan syarikat binary iaitu BOSSCAPTIAL..  

 Boscapital merupakan induk binary  yang berkaitan dengan mata wang.Kita memerlukan modal sebanyak US200.Admin tahu ia kendengaran banyak tetapi kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.ia bedasarkan {call}  atau {put}.jika anda memilih call maka nilai matawang tersebut perlu lebih tinggi berbanding harga sewaktu  untuk mendapat keuntungan manakala put perlu nilai matawang tersebut lebih rendah untuk mendapat keuntungan.Ia memerlukan banyak  kesabaran dan minat yang tinggi.sebelum berkecimpung dalam bidang ini admin sarankan pembaca membuat analisis pada bidang tersebut.
                 
alamat bosscapital:  bosscapital.com                        



11 February 2016

Pesawat baharu Jackie chan

HONG KONG: Ikon perfileman China, Jackie Chan, 61, menambah aset mewah apabila membeli sebuah jet peribadi keluaran terbaharu syarikat berpangkalan di Brazil, Legacy 500 yang bernilai RM82 juta.

Bintang yang turut menjadi duta pembuat pesawat komersial, perniagaan dan militari itu dikatakan pelanggan China pertama membeli keluaran terkini Embraer Aerospace.

Namun, pesawat eksklusif yang mampu memuatkan 12 penumpang bukanlah aset pertama dimilikinya. Pada tahun 2012, Chan membeli model Legacy 650 keluaran syarikat sama.

KDN tidak tetap angka tetap bagi kemasukan pekerja Bangladesh

Kementerian Dalam Negeri (KDN) menegaskan tiada angka mutlak bagi kemasukan pekerja Bangladesh ke negara ini kerana ia bergantung kepada keperluan sebenar majikan semasa permohonan dibuat.

Kementerian itu dalam kenyataan semalam berkata jumlah kemasukan pekerja Bangladesh ke negara ini juga akan dinilai berdasarkan kelayakan serta kemampuan setiap majikan mematuhi peraturan yang ditetapkan kerajaan.

Pada masa sama, kemasukan pekerja asing ini akan dipantau kerajaan melalui Agensi Kawal Selia bagi mengelakkan berlakunya kebanjiran pekerja asing dalam negara dan memastikan hanya pekerja asing yang layak sahaja dibenarkan bekerja di Malaysia.

"Kerajaan masih memberi keutamaan pekerjaan kepada rakyat tempatan terlebih dahulu. Kemasukan buruh asing ke negara ini tidak akan menjejaskan dan menggugat peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan serta keseimbangan pasaran buruh dalm negara.

"Ini kerana pekerja asing ini hanya dibenarkan bekerja dalam lima sektor iaitu pembinaan, perkilangan, perladangan, pertanian dan perkhidmatan," demikian menurut kenyataan itu.

Menurut kementerian berkenaan, angka 1.5 juta pekerja Bangladesh yang mendapat liputan luas media sebenarnya merupakan jumlah warga Bangladesh yang berdaftar dengan kerajaan negara itu untuk tujuan pekerjaan.

"Dalam konteks dasar penggajian pekerja asing Malaysia, pengambilan pekerja Bangladesh adalah tertakluk kepada permintaan industri bagi sektor yang dibenarkan untuk menggajikan pekerja asing selaras dengan konsep permintaan dan penawaran.

"Kerajaan juga tetap memastikan keutamaan pekerjaan kepada rakyat tempatan adalah didahulukan," jelas kementerian berkenaan.

KDN berkata konsep Kerajaan Kepada Kerajaan Plus (G-to-G Plus) antara Malaysia dan Bangladesh yang menggunakan sepenuhnya sistem dalam talian bermula dengan proses permohonan pekerja adalah untuk mengawal penglibatan ejen pekerja asing tidak sah yang menyumbang kepada kenaikan kos penggajian serta risiko kepada eksploitasi pekerja asing.

"Kerajaan juga berpandangan mekanisma ini juga akan menaikkan penarafan Malaysia dalam usaha pencegahan terhadap aktiviti jenayah pemerdagangan orang," tambah kenyataan itu.

Semangat kental Yazid(drummer) Search

Berbanding sesetengah kumpulan, kumpulan Search ternyata bertahan selama 35 tahun ekoran setiap seorang berperanan menjaga baik hubungan sesama anggotanya.

Band yang ditubuhkan sejak 1981 itu pernah melalui pasang surut dan suka duka dalam industri namun momentum Search sebagai sebuah kumpulan dilihat tidak pernah gagal.

Situasi itu boleh dilihat apabila Konsert Ulang Tahun Ke-35 Search pada 9 April ini menyediakan segmen khas buat pemain dram mereka Yazid Ahmad.

Yazid, 54, menderita masalah buah pinggang dan pernah terlantar di Hospital Ampang kerana sakit pada Ogos tahun lalu.

Dan malam tadi, Yazid - meskipun badannya kelihatan susut dan bertongkat untuk berjalan - hadir bersama-sama menjayakan sidang media pengumuman konsert berkenaan di Subang.

Bila ditanya mengenai perasaan tidak dapat beraksi lagi sepenuh masa di atas pentas, ini jawapan Yazid: "Saya masih hendak berkarya. Belum tiba masa untuk melepaskan peranan saya sebagai pemain dram dalam Search."

Membuktikan kesungguhan dan semangatnya, Yadiz berkata , beliau memikirkan kumpulan legenda itu pada setiap malam kerana di situlah perjuangannya berlangsung selama ini.

ATM gagal membayar gaji pemain


 PETALING JAYA: Kelab bola sepak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) didakwa gagal membayar gaji 15 pemain mereka dengan nilai bayaran tertunggak sebanyak RM3.7 juta.

Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Pemain-Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM), Izham Ismail, mendakwa ATM masih tidak mengambil sebarang usaha bagi menyelesaikan isu gaji pemain tertunggak.

Katanya, selain ATM, gaji lima pemain Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) masi tertunggak melibatkan sejumlah RM477,000, dan sejumlah RM220,000 yang melibatkan pampasan yang dituntut pemain Felda United (FUFC), Azrul Ahmad.

“Sehingga hari ini, ATM masih tidak menunjukkan usaha yang baik untuk menyelesaikan masalah ini dan membayar gaji yang tertunggak, malah pasukan yang terlibat juga tidak memberi sebarang jawapan,”

Pengayuh solo warga emas memohon tajaan daripada Dr.Vida

Image result for Wan hashim Wan mahmood






KOTA BHARU 9 Feb. – Pengayuh solo warga emas, Wan Hashim Wan Mahmood, 70, hari ini secara terbuka memohon tajaan daripada pengasas syarikat Vida Beauty, Datuk Dr. Hasmiza Othaman atau Dr. Vida bagi menghidupkan se­mula impiannya untuk mengelilingi beberapa negara di Eropah yang sebelum ini tertangguh.


Pada masa sama, Wan Hashim berkata, dia juga bersedia untuk mempromosikan produk keluaran Vida Beauty sepanjang berkayuh di Eropah.

Saya sudah membuat segala persiapan untuk merealisasikan impian itu, namun terpaksa dilupakan kerana kekurangan dana.

“Jadi saya harap Dr. Vida sudi tampil untuk membantu de­ngan memberikan tajaan. Hasrat saya ialah untuk menjadi rakyat Kelantan pertama menjelajah ke Eropah menggunakan basikal.


REVIEW:hebat sungguh pak cik ni.Walaupun sudah70-an tetapi aktif bersukan.Admin harap Dr Vida dapat 'sponsore' beliau

200 Penumpang Rayani Air MENGAMUK!



LANGKAWI 9 Feb. - Lebih 200 penumpang pesawat Rayani Air terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi selepas penerbangan mereka dibatalkan berikutan pesawat  mengalami masalah teknikal.
Penerbangan RN180 menggunakan pesawat Boeing 737 yang dijadualkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2  pukul 11.10 pagi ini tidak dibenarkan berlepas selepas kerja-kerja untuk mengatasi masalah itu belum dapat diselesaikan.

Seorang daripada petugas di Pejabat Khidmat Pelanggan Rayani Air  memberitahu, tempoh untuk menyelesaikan masalah teknikal yang dihadapi pesawat itu belum dapat dipastikan lagi.

“Saya difahamkan bahagian kejuruteraan Rayani Air masih menunggu alat ganti untuk membaiki kerosakan pesawat berkenaan,” kata petugas itu.

Menurutnya, penumpang yang terjejas telah diberikan pilihan sama ada untuk menggunakan perkhidmatan feri dan bas yang disediakan oleh Rayani Air untuk kembali ke Kuala Lumpur ataupun tambang penerbangan mereka dikembalikan.

Sementara itu, seorang daripada penumpang yang terjejas akibat pembatalan penerbangan itu menyarankan Rayani Air untuk menyediakan pesawat gantian bagi mengurangkan kesulitan yang dihadapi oleh mereka yang terkandas.

Seorang lagi penumpang, Jaslia Samat, berkata beliau bersama-sama 12 orang lagi rakan setugasnya terpaksa mengambil cuti sehari lagi memandangkan mereka sepatutnya mula bekerja esok.

Rayani Air merupakan syarikat penerbangan mematuhi syariah yang pertama di Malaysia dan baru beroperasi Disember tahun lepas.

semoga mereka yang terkandas dapat pulang dengan selamat.Aamin.

FAM ingin wujudkan Jabatan Bola Sepak Wanita Malaysia

PETALING JAYA - Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan mewujudkan Jabatan Bola Sepak Wanita dalam waktu terdekat selaras dengan kehendak pihak FIFA bagi mempertingkatkan pembangunan permainan wanita.
"FAM tidak terkecuali daripada melaksanakannya. Kita akan wujudkan Jabatan Bola Sepak Wanita kerana sebelum ini tidak ada," kata Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd.


Admin berasa ini mungkin menguntungkan kaum wanita yang minat bersukan apatah lagi bola sepak.Ini juga suatu perkembangan dalam industri sukan tanah air.Itulah harapan yang ada pada diri Admin.