Search This Blog

11 February 2016

Pesawat baharu Jackie chan

HONG KONG: Ikon perfileman China, Jackie Chan, 61, menambah aset mewah apabila membeli sebuah jet peribadi keluaran terbaharu syarikat berpangkalan di Brazil, Legacy 500 yang bernilai RM82 juta.

Bintang yang turut menjadi duta pembuat pesawat komersial, perniagaan dan militari itu dikatakan pelanggan China pertama membeli keluaran terkini Embraer Aerospace.

Namun, pesawat eksklusif yang mampu memuatkan 12 penumpang bukanlah aset pertama dimilikinya. Pada tahun 2012, Chan membeli model Legacy 650 keluaran syarikat sama.

No comments:

Post a Comment