Zaman ini memang zaman Akim menguasai industri muzik Malaysia. Sebelum Akim, ia telah menjadi miliki Hafiz. Namun, sebelum Akim dan Hafiz, Aril yang juga Naib Juara Akademi Fantasia Musim 7 pernah menghangatkan industri muzik tanah air dengan stail dan showmanship yang hebat dan menarik di atas pentas.
Lalu, apa yang tidak kena dengan Aril sehingga namanya sudah tenggelam di dalam industri muzik dan dia hanya lebih dikenali sebagai pengacara berbanding penyanyi?
Menyedari hakikat itu dan pada masa yang sama tidak mahu menuding jari, apatah lagi menyalahkan pihak tertentu, Aril bagaimanapun mengakui dia perlu bangkit semula untuk kembali menguasai industri muzik.
Namun, dia sedar bahawa dia tidak akan mampu mencapai matlamat tersebut jika tidak memiliki seorang pengurus yang cekap, efisyen serta mampu menguruskan kerjaya seni muziknya dengan bijak serta penuh wawasan.
"Saya perlu cari seorang pengurus yang seperti itu. Maksud saya, seorang pengurus yang tahu bagaimana untuk merencana, menguruskan serta memasarkan produknya dengan bagus dan saya ibarat produk tersebut.
"Kerana saya punya misi yang cukup besar pada tahun ini iaitu untuk kembali mewarnai semula industri muzik tanah air," katanya
No comments:
Post a Comment